Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
Bidang Menggambar
Bidang Menggambar merangkumi 4 komponen utama iaitu asas-asas, penggunaan alat dan bahan, pengaplikasian teknik-teknik, dan akhir sekali persembahan hasil karya. Bidang menggambar merupakan bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dalam membuat gambar dengan pelbagai teknik dan media. Kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk jenis kegiatan secara kolaj ialah dari segi gubahan, teknik, alat & bahan, kreativiti dan kemasan. Dalam bidang menggambar di sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak ataupun pengalaman belajar kanak-kanak. Ianya mampu merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti dalam bidang menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut ekspresinya sendiri. Pelbagai alat dan bahan juga boleh digunakan dalam kegiatan menggambar, antaranya seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Pemilihan bahan dan alatan yang digunakan dalam aktiviti menggambar pula haruslah sesuai dengan tajuk dan tema aktiviti di dalam kelas. Begitu juga bagi pemilihan dan pengaplikasian teknik dan kaedah menggambar. Sebagai contoh bagi seorang guru yang ingin melaksanakan penilaian terhadap bidang kerja aktiviti menggambar, beliau perlulah menitik beratkan tentang pengaplikasian teknik dan kaedah dalam menghasilkan sesebuah karya menggambar itu, sebagai contoh cetakan. Bagi teknik ini, ianya memerlukan media cetakan yang sesuai seperti kentang yang telah diukir ataupun batang pokok pisang. Guru juga perlu memastikan bahawa penggunaan alat dan bahan bersesuaian dengan tema yang ingin dihasilkan. Suatu senarai rubrik boleh dihasilkan oleh guru untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap pengetahuan tentang alat, bahan dan teknik kerana ianya merupakan asas yang paling penting dalam kerja menggambar dan aktiviti cetakan ini. Jika murid menguasai pengetahuan mengenai alat, bahan dan teknik, ini memudahkan proses mengekspesi diri dalam karya menggambar dan cetakan yang di hasilkan. Guru juga boleh menilai melalui penghasilan hasil karya yang dapat dilihat secara apresiasi iaitu samada kekemasan, pengolahan idea dan reka letak capan di dalam aktiviti menggambar ini.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini yang boleh di uji oleh guru ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Guru boleh membina borang penilaian rubrik yang bertujuan menguji dan menilai sama murid telah mengaplikasikan kesedaran asas seni reka tersebut dan pengaplikasian prinsip asas seni reka. Ini akan membolehkan guru menilai apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran dan penilaian penambah baikan terhadap hasil kerja yang murid hasilkan. Selepas hasil karya menggambar siap, guru perlu memastikan peragaan dan pameran hasil karya adalah sempurna, dengan menyembur fixative (pemati warna) dan dibingkaikan.

(Bersambung di bahagian 2)
nota kaki : semua fakta adalah betul semasa diterbitkan. segala huraian adalah hasil nukilan pengarang sendiri ;) www.reikojezze.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment